
KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Meskipun hanya tampil dengan pakaian sopan dan berhijab sebagai duta kepada Butik Desa Murni Batik, namun pelakon jelita, Erra Fazira berkata ianya adalah sebagai permulaan yang buat baik dirinya untuk dirinya menjadi muslimah yang sempurna suatu hari nanti.
“Saya tidak dipaksa oleh pihak Desa Murni Batik untuk tampil dengan imej bertudung tetapi ini salah satu inisiatif saya sebagai dutanya sejak 2 tahun lalu. Malah, Desa Murni Batik bukan sahaja mengeluarkan kain-kain bercorak batik yang sesuai untuk dibuat baju tetapi mereka juga ada mengeluarkan tudung yang bercorak batik. Jadi sebagai lambang seorang duta saya sengaja berpakaian lengkap daripada butik ini.
“Namun, ianya permulaan langkah yang baik untuk saya. Mungkin saya belum benar-benar membuat keputusan untuk kekal bertudung sekarang tetapi InsyaAllah akan datang kerana saya juga cuba untuk jadi muslimah yang sempurna,” katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran cawangan baru butik tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.

Konflik yang tercetus antara pelakon kontroversi Afiq Muiz dengan ibunya Hasliza Mohd kini menuju ke satu fasa yang positif apabila pelakon berusia 21 tahun itu bersedia memohon maaf kepada ibunya.
“Saya bersedia untuk berdamai dan memohon maaf kepada ibu namun saya minta dia menarik balik kenyataannya di media yang mendakwa saya anak derhaka,” ujar Afiq ketika ditemui pada sidang media yang berlangsung di rumah ibu saudaranya di Taman Sri Keramat Tengah, Ulu Klang petang tadi.
“Saya pernah cuba untuk menghubungi ibu namun dia tidak menjawab panggilan saya. Saya sangat-sangat tertekan dengan perkara yang berlaku kerana sejak kes ini hangat diperkatakan saya kerugian puluhan ribu ringgit gara-gara tidak menerima sebarang tawaran lakonan. Saya harap benda ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.”
MELBOURNE, 24 Mei — Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil ‘billionaire’.
David Teoh, 57, dan isterinya Vicky, 56, telah mencapai salah satu peningkatan terbesar tahun ini dalam Senarai Mewah BRW Rich 200, melonjakkan kekayaan mereka daripada A$526 juta (RM77 juta) tahun lepas kepada A$1.06 bilion.
Pasangan Teoh, yang berhijrah dari Malaysia pada 1986, memiliki hampir 37 peratus daripada penyedia jalur lebar TPG Telecom, yang telah berkembang menjadi satu perniagaan bernilai A$3 billion selepas pertumbuhan harga saham yang konsisten semenjak 12 bulan lepas.
“Di sebalik kejayaannya, Teoh bencikan publisiti dan enggan gambarnya diambil oleh media,” kata majalah bisnes BRW.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.
Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.
Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.
Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Adam bakal muncul dengan single lagu terbaru tidak lama lagi.
PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF) menafikan dia sudah meninggalkan dunia seni sejak mendalami ilmu agama Islam.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata, dia msih lagi aktif dalam karier nyanyiannya namun pada masa sama turut terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan pembelajaran ilmu agama serentak.
“Saya menyanyi macam biasa kerana apa yang berlaku pada diri masih lagi dalam permulaan dan baru berada di peringkat belajar.

Tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi merampas naskhah akhbar berkenaan di beberapa negeri hari ini.
KDN dalam kenyataannya petang ini menyebut, operasi rampasan naskhah Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket itu dibuat kerana penerbitan itu didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
Ia didakwa melanggar Seksyen 5 undang-undang tersebut yang meperuntukkan syarat edaran untuk ahli sahaja.